our love line..

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

result stpm da kuar!!!!

result stpm da kuar....yukur alhamdulillah...aq dpt result yg ckup menyeronokkan...
result aq x la sehebat org lain....tp ckup utk sambung stdy ke peringkat ijazah sarjana muda.....x sbar rsenye nk bergelar mahasiswi....n x sbar nk msuk U......mse g amik result....bnyk ckgu2 yg menangis sbb aq dpt score paper dorg....rse sgt happy....rmai kwn2 aq yg sme2 berjaya dpt result yg gempak...tp...biasa la...dlm 1 kelas...x sume akan berjaya....dlm klas aq ada 15 org jew...tp yg lulus dgn cemerlang cme 9 org jew termasuk aq..bg subjek MUET aq ngan sorg stdnt chinese dlm klas aq jew yg lulus..yg lain x..teacher aq mesti kecewa sbb dlm 15 org stdent dia 2 org jew yg lulus..erm...pd yg kurang cemerlang....ingt kata2 ckgu azmahani (ckgu geografi fizikal) "gagal sekali x bermakna gagal utk selamanya"....kpd ckgu azmahani, btl kata2 ckgu...sbnrnya kami x rugi msuk form 6...wlaupun rmai kwn2 kmi yg berjaya msuk U lps spm utk program diploma....dorg x sebertuah kami...sbb kmi berpeluang utk tebus kembali kegagalan kmi mse spm dgn keputusan stpm yg diluar jangkaan sume ckgu2...dan akhirnya kmi dpt terus melangkah ke U utk program ijazah sarjana muda..akhirnya berkat bimbingan,didikan ckgu2 yg x pernah ltih mengajar kmi serta doa ckgu2 kmi dah BERJAYA CIKGU!!!..pd hari ini...sbagai seorg pelajar lepasan stpm aq sgt berbangga dgn diri aq sdiri...krn aq dpt tebus semula kegagalan aq...dan aq dpt buktikan bhawa stpm bknlah utk pelajar2 yg gagal utk terus gagal...sebaliknya inilah platform utk pelajar2 yg gagal spm suatu mse dlu berjaya...kpd sume org kt luar sne...jgn anggap stpm sbgai tempat utk org yg gagal...krn stpm x semudah yg disangka..walaupun kmi pkai bju sekolah n bgn awl2 pg sbb kne g skola...tp kmi da berjaya skrg..kpd kwn2 yg kata P2T1 shortform utk 'pelajar2 terkandas',hari ni korg slh sbb ktorg da berjaya..bdk2 yg amik diploma ada mse 3 tawun utk belajar n grad..tp kmi hnya diberikan mse 1 thun setengah jew utk belajar n grad....dan kmi dah pun buktikan kmi berjaya grad dlm mse 1 tahun setengah dgn cemerlang....kpd adk2 yg sdg melayari bahtera form 6....jgn merasa rendah dri...sbb adk2 sgt bertuah...berbanding kwn2 yg lain...dan kpd kwn2 aq yg sdg mengikuti program diploma...jgn la rse seronok sgt....sbb kmi da grad awl dr korg.....kpd adk2 yg akn smbung ke U utk program diploma,jgn pndg rendah kwn2 lain yg msuk form 6...sbb dorg g bertuah dr korg....jgn terlalu bongkak dgn 'diploma' korg sbb pelajar 'stpm' lbih mudah dpt kerja berbanding korg....
kpd Cikgu Dashim Din (sejarah dunia + islam),Cikgu Zuranita (sejarah asia + malaysia),Cikgu Hashidah (pengajian am 1),Cikgu Sulastri (pengajian am2),Cikgu Azmahani (geografi fizikal),Cikgu Intan (geografi manusia),Cikgu Mohd Fauzi (makroekonomi + mikroekonomi),Teacher Khairuzan (MUET tahun 2010),Sir Zul (MUET tahun 2009),Cikgu Anis (guru penolong kanan ting.6) n sume Cikgu2 yg tlh bnyk membantu kmi di ting.6....TERIMA KASIH CIKGU!!!!
puisi buat ckgu tersayang....(wlaupun sy bkn pelajar sastera)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979