our love line..

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 13, 2015

Bersalin Caesaran?

Assalamualaikum...


Dear bloggie, harini dila nk share pasal bersalin caesar..
Memandangkan dila bersalinkan habib secara caesar, there is some experience and tips yg dila nk kongsikan. Orang ckp bersalin caesar ni cara berpantang dia x sama. Okey, ni dila nk gtaw. Mmg x d nafikan mmg cara berpantang org yg bersalin caesar ngan normal ni lain ckit tapi dila nk tegaskan kt sini x banyak beza pun..


1. PEMAKANAN

Pemakanan bg mommies yg bersalin czer ni lebih kurang je mcm bersalin normal. But as a reminder, mommies plis..plis..plis.. minum air kosong/suam mengikut keperluan. Jangan takut perut buncit sbb waktu berpantang ni mmg senang nk kena sembelit. Mommies yg bersalin czer pun boleh kena sembelit taw. If TAKUT SANGAT PERUT TU BUNCIT, rajin2kan la mkn sayur2 hijau mcm sawi tu @ ulam-ulaman. Selain dapat bantu proses melawaskan dpt jgak tambah susu. If possible, kurangkan makanan berkuah ni. Sbb takut luka lambat kering, tp x lama pun 2 minggu je. Lepas tu blh la nk mkn sup2 ni tapi jgn plak uols p makan tom yam tu. Pengalaman dila sendiri, 2 minggu jgak la dila mkn nasi ngan ikan kering n lada. Tapi dila mmg banyak minum air sbb habib kuat menyusu n dila xnk kena sembelit. Lepas 2 minggu dila start mkn benda2 berkuah. Alhamdulillah luka czer cpt sembuh n habib pun okey.

2. JAMU/UBAT TRADISIONAL

Okey, bab yg ni dila xnk explain banyak2 sbb mommies pun da taw yg bersalin czer blh consume jamu/ubat tradisional. Tapi sebelum tu tgk la dulu kesan pada baby, sbb takut baby jaundice plak nnt. Seeloknya mkn selepas 3 hari/seminggu. Dila mmg mkn herba Maharani (Hai-O) n LD Venus (Elken). Alhamdulillah habib xde kuning n luka dila pun cepat sembuh.

3. MANDI & BERSIHKAN LUKA

Yang ni bergantung pada saranan daripada Doktor. Macam pengalaman dila Doktor suruh mandi pd hari ke-3 sbb plaster da bkak n da spray. Tapi dila mandi selepas dila sure luka da kering (almost 10 days kot). Sebelum tu just lap2 badan je. Even bersalin czer, tetap kena mandi dengan air suam. Lepas mandi keringkan betul2 kawasan luka. Caranya : dap2kan tuala kering/lembut kt luka tu & kenakan kt kipas/hair dryer. Dila lap smpai kering n anginkan guna kipas ja. Amik masa 5 minit if guna kipas sbb nk kne pastikan kawasan tu kering. Jangan gatal tgn nk gosok kt kawasan tu. Bersihkan luka guna air suam n kapas. Jgn memandai nk guna dettol bagai. Dapatkan nasihat nurse yg dtg check kt umah tu if nk guna ubat pusat baby.

4. BERTUNGKU/BERURUT

Okey, mommies yg bersalin czer mmg x blh nk bertungku kt perut kekonon nk kempiskan perut (sabar je la ye). Tapi boleh berurut kecuali kawasan pinggang hingga kawasan luka n bahagian belakang pinggang (tmpt suntikan epidural). Tapi seeloknya berurut seminggu lps bersalin sbb bersalin czer ni x sama mcm bersalin normal, if salah urut blh sakit kawasan luka or getting more worst blh bertetas ouchhhh! ngeri btl.


5. PEMAKAIAN

Bersalin czer pun kena pakai stokin,baju sejuk n ikat rambut ketat2. Ni untuk elakkan masuk angin n elakkan pening. Tapi dila sendiri pun kdg2 pakai stokin kdg x, especially lps ke toilet da malas nk sarung. Tapi dila guna selimut utk tutup kaki sbb xnk terlalu sejuk. Pakai la baju yg longgar supaya senang nk menyusukan baby. Dila pakai kemeja n t-shirt hubby sbb senang nk menyusu habib. Pakai la underwear yg atas dr tempat luka supaya selesa n x sakit bila bergerak. Dila pkai underwear time preggy.



Yang paling penting ialah mommies kena rajin bangun n bergerak. Dila memang uruskan habib sepenuhnya start dari hari pertama kecuali mandikan dia, yg ni dila x berani sgt sbb dlm pntang x berapa kuat sgt kan. Alhamdulillah dila blh jalan mcm biasa tanpa terbongkok2 tp terhegeh2 la kan sbb risau luka tu. Time mandi elakkan drpd sentuh kawasan luka.


Sebenarnya betul kata2 mommies yg berpengalaman, bersalin normal n czer ni mmg berbeza. Bersalin normal sakit sebelum bersalin je n bersalin czer sakit selepas bersalin but, bersalin emergency czer mcm dila ni pakej. Sakit sebelum bersalin pun rasa, sakit lepas bersalin pun rasa. Dah tu sakit czer ni lama jgak nk sembuh. So bakal2 mommy kt luar sana, jgn takut n sedih if terpaksa bersalin czer. Allah jadikan setiap wanita tu dengan keunikkan yg tersendiri & Allah xkn uji setiap hambanya d luar kemampuan hambanya itu. Berbangga lah sbb uols sekarang da jd mommy k? normal @ czer bkn kayu pengukur, yg penting cara kita membahagiakan diri sendiri. Jaga luka czer baik2, makan ubat n ikut nasihat doktor. Insyaallah everything is going to be okay.



So, tu je yg dapat dila share dgn mommies. Take care, jadilah ibu yang bahagia.




with love,
Adilah Safiee