our love line..

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2015

Sayonara 2015!!! Ohhh Hello 2016!!!

Assalamualaikum...

Finally we are at the end of the year of 2015... Banyak rupanya perkara yang berlaku sepanjang tahun ni... Ada yang semanis coklat kek & ada juga yang sepahit kopi tanpa gula...


Tahun 2015 menyaksikan kehadiran insan yang dinanti2kan... Tarikh 21/6 adalah hari yang paling indah dalam hidup ini... Lahirnya Muhamd Habib Ukasha, cinta hati ibu & ayah... Walaupun bukan melalui normal birth, ibu tetap bersyukur kerana Habib selamat lahir ke dunia ini...



                                 1st day


                              6th month


Berjauhan dengan suami bukanlah suatu perkara yang menggembirakan... Namun ianya mengajar erti berdikari & rindu yang tiada sempadan...


Biarlah pengalaman pahit itu menjadi pengajaran agar dapat disempadankan pada tahun-tahun yang mendatang...


                      8 dis 2015 - le familia

Tahun yang mendatang,pasti ada sinar kegembiraan baru yang akan muncul... Semoga perkahwinan yang dibina akan terus disirami kasih sayang yang berpanjangan, dibaja dengan kesetiaan & dijaga dengan penuh kesabaran.. Insyaallah..



Buat anak ibu yang disayangi, semoga Habib terus membesar menjadi anak yang soleh, sihat & kuat...


With love,
AdilahSafiee

Monday, November 30, 2015

First time mommy..

Assalamualaikum...

Fuuhhh~
Da lama rasanya x update new entry..since ada habib ada perubahan sikit kt my schedule..


As a first time mommy...mmg bnyk perkara yg i belajar...my world changed 360°...hahaha...but it just a new beginning for me...


I do still remember.. Right after being a mom, benda pertama yg i takutkan ialah xda masa utk diri sendiri..sbb from what i heard n read b4,bnyk new mommy yg ckp dorg xda masa..so do i my self..


first month mmg rasa x cukup tido,penat plus struggling for fully bf habib,nk jaga luka cser lg..such a dramatic month.. But, as a time fly slowly i learn to manage my self n habib...

When it turn to the next month, there are a lot of new things that i learn & i started to enjoy a motherhood life.. I enjoyed every single minute that i spend with my little prince.. Being a parent is such a wonderful journey in our life...



After 3 month, alhamdulillah i manage i get the old me.. Get enough sleep,shower and eat.. Now,it is already 5 month and i learn a lot of things... Here is a few tips i would like to share from my own experience...


This is based on my own experience duk umah sendiri la :
1. Just prepare stroller dlm rumah in case habib meragam,letak dlm tu tolak la dia dlm rumah. Bkn manjakan yea dear,instead of i nak dukung & memenatkan better letak je dlm stroller tu.
2. I bgn seblm habib bgn. Trus mandi + masukkan baju dlm mesin basuh. Buat air panas2 letakkan atas meja sbb this time usually habib da bgn. I masukkan dia dlm stroller makan smbil bertemankan dia.
3. Susukan habib seblm mandikan, sbb lps mandi automatic dia mengantuk.
4. Time habib tido i akan cepat2 buat keja rumah.
5. Usually habib bgn tghari then tido blik pkul 2/3-5 ptg, at this time i pun join dia tido gak sbb xde apa nk buat.


Time nk keluar jalan2:
1. Mandikan & siapkan habib dulu, then susukan @ tidokan if dia nmpk mengantuk.
2. If habib x tido,i mintak tolong hubby i jagakan kejap sementara i bersiap (if dia ada)
3. In case hubby xda, i bersiap slow2 (mndi dlu,then smbil2 tgkkan habib sempat la i pkai foundation, pakai bedak last skali bru pkai bju n tudung.
4. Sapa ckp ada baby xley pakai shawl berlilit2?i sempat je..(fyi hubby i bekerja jauh so mmg habib i handle by my own)
5. I prepared brg2 habib slalunya mlm sblm nk keluar, senang just grab bag je.


Bila kt luar plak :
1. Habib mmg 100% kt dlm stroller dia,i x amalkan dukung mendukung ni.
2. Habib fully bf,so i mmg bwk pashmina utk cover time menyusukan dia. Tp selalunya i susukan dia smpai kenyang time dlm kereta.
3. Bawak selimut sbb slalunya dia ngantuk dia gentel selimut smpai tertido plus kdg2 sejuk kesian kt dia.
4. I tukar pampers habib setiap 2-3 jam @ bila i nmpk dia mcm da x selesa i tukar ja w/pun x smpai 2jam.
5. Ni mmg habit i akan spare 2 pasang bju habib,lampin + sabun dia in case dia berak. Yg ni advice from my mom.
6. Always put buckle sbb skrg ni bnyk sgt kes,x salah if beringat.



Alhamdulillah, now habib pun da 5 bln. Sometimes mcm x percaya my little prince ni da bsr. Skrg dia da msuk stage menggigit,mybe gatal gusi. I da start bg dia mkn buah actually. Even nurse advice jgn mkn sblm umur 6 bln,but for me it just a juice. I bkn bg dia mkn nasi @ ayam goreng.




Alhamdulillah i masih berkesempatan utk live my life..enjoy every single minute with him..there is a lot of things yg i still perlu belajar & i hope he will be anak yg soleh for me & my hubby..




With love,
AdilahSafiee


Tuesday, November 10, 2015

Setelah bergelar ibu

Assalamualaikum...


Fuuhhhh~
Tiup2 sikit.. Da berabuk blog ni menunjukkan da berkurun aku x update any entry.. Hahahaha.. Apakan daya, setelah hampir 5 bln bergelar ibu bnyak perubahan jadual harian aku.. Ye la,being a mothwe isn't that easier as dlm tv weh.. Totally different kot..

But, since si habib tido ada la peluang nk update entry for today.. Alhamdulillah this month habib akan menginjak usia 5 bulan.. Syukur pada Allah atas kurniaan kesihatan sepanjang tempoh ni.. Ohhh,haaaa.. Lagi 1,alhamdulillah luka czer pun da sembuh.. Maybe da 80% sembuhnya.. Da bercantum cantik but still ada marks.. But i don't mind.. Hahahahaha..


Since bergelar ibu ni,mmg la rutin harian aku berubah 360°.. Hahaha... Amik kau.. But alhamdulillah i'm slowly get blended with all those things yg sblm ni mmg x pernah berlaku.. Alhamdulillah, thanks to lovely hubby & family yg bnyk bg support & never let me get through this alone.. As my mom advice, bila anak tido je thats it!!itulah saat & ketikanya utk kita mak2 ni settle semua keja..basuh bju right after wake up n showered.. Anak tido blh sidai baju tu.. Masak cpt2.. Simple2 je xyah la acah2 menu mcm kt hotel 5 bintang.. If anak2 spesis tido kejap2 mcm my habib,i just cooked nasi putih,sayur,ayam goreng/masak kicap/sambal ayam,nasi goreng,telur dadar @ anything yg simple2.. Bkn nk ajar uols semua malas,but at this age baby need more attention.. Drpa cik kak semua sibuk nk masak mcm masterchef tu,lebih baik make it simple.. Law cik abg da blik keja mlm tu blh la masak special sikit sbb ada org blh tlg tgkkan si kecik tu..


Sepanjang umur aku hidup,that was my first time aku vacuum lantai smbil dukung habib.. Ya rabbi, rasa mcm bersukan kt rumah.. Ye la,bunyi vacuum kn kuat so habib terbangun n xnk duduk bwh.. But alhamdulillah i still manage to make it.. Pesan org tua2, bila ada baby kt rumah rajin2kan lah diri tu mop lantai.. Sbb baby ni kulit dia sensitif.. Elakkan drpd letak baby trus atas lantai,biarlah beralas.. Takut plak if ada semut ke or serangga yg kecik2 merayap..


Since jadi ibu ni,keperluan diri da jatuh no 2.. Bkn xnk jaga diri,maksudnya apa2 yg kita buat akan didahului oleh baby.. Nk mkn apa2 fikir dulu apa kesannya pd baby sbb i'm fully bf habib.. Hukhukhuk.. Slalu shopping pun brg habib.. Hahahaha.. Baby ni cpt membesar, so don't wonder why kna tukar bju dia setiap bln.. X kan la uols nk sarung jgak bju yg sendat kt baby kn?



Bila da jd ibu ni, waktu tido mmg x cukup.. Time dia tido tu je la waktu yg kita ada.. Nk kemas umah,bsuh bju,sidai bju,memasak etc. For mommies yg buat bisnes plak terkejar2 nk reply wasap,pos brg etc.. Fuhh~ kdg2 x sedar yg diri tu x mndi smpai ke ptg..hahaahaha



Dalam erti kata lain,bila da jd ibu ni bru taw mcmana ibu kita besarkan kita dulu.. Huuuu~ apa2 pun, setiap org Allah uji dgn cara yg berbeza.. Mungkin ada yg baby dia baik je x nangis pun, ada yg senang diurus, ada yg duk dgn family & mcm2 lg.. So, jgnlah cepat melatah & judge ibu2 yg lain.. Sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah beri pd kita..


Okey la, tu je yg nk d bebelkan.. See u later...



With love,
AdilahSafiee

Thursday, August 13, 2015

Bersalin Caesaran?

Assalamualaikum...


Dear bloggie, harini dila nk share pasal bersalin caesar..
Memandangkan dila bersalinkan habib secara caesar, there is some experience and tips yg dila nk kongsikan. Orang ckp bersalin caesar ni cara berpantang dia x sama. Okey, ni dila nk gtaw. Mmg x d nafikan mmg cara berpantang org yg bersalin caesar ngan normal ni lain ckit tapi dila nk tegaskan kt sini x banyak beza pun..


1. PEMAKANAN

Pemakanan bg mommies yg bersalin czer ni lebih kurang je mcm bersalin normal. But as a reminder, mommies plis..plis..plis.. minum air kosong/suam mengikut keperluan. Jangan takut perut buncit sbb waktu berpantang ni mmg senang nk kena sembelit. Mommies yg bersalin czer pun boleh kena sembelit taw. If TAKUT SANGAT PERUT TU BUNCIT, rajin2kan la mkn sayur2 hijau mcm sawi tu @ ulam-ulaman. Selain dapat bantu proses melawaskan dpt jgak tambah susu. If possible, kurangkan makanan berkuah ni. Sbb takut luka lambat kering, tp x lama pun 2 minggu je. Lepas tu blh la nk mkn sup2 ni tapi jgn plak uols p makan tom yam tu. Pengalaman dila sendiri, 2 minggu jgak la dila mkn nasi ngan ikan kering n lada. Tapi dila mmg banyak minum air sbb habib kuat menyusu n dila xnk kena sembelit. Lepas 2 minggu dila start mkn benda2 berkuah. Alhamdulillah luka czer cpt sembuh n habib pun okey.

2. JAMU/UBAT TRADISIONAL

Okey, bab yg ni dila xnk explain banyak2 sbb mommies pun da taw yg bersalin czer blh consume jamu/ubat tradisional. Tapi sebelum tu tgk la dulu kesan pada baby, sbb takut baby jaundice plak nnt. Seeloknya mkn selepas 3 hari/seminggu. Dila mmg mkn herba Maharani (Hai-O) n LD Venus (Elken). Alhamdulillah habib xde kuning n luka dila pun cepat sembuh.

3. MANDI & BERSIHKAN LUKA

Yang ni bergantung pada saranan daripada Doktor. Macam pengalaman dila Doktor suruh mandi pd hari ke-3 sbb plaster da bkak n da spray. Tapi dila mandi selepas dila sure luka da kering (almost 10 days kot). Sebelum tu just lap2 badan je. Even bersalin czer, tetap kena mandi dengan air suam. Lepas mandi keringkan betul2 kawasan luka. Caranya : dap2kan tuala kering/lembut kt luka tu & kenakan kt kipas/hair dryer. Dila lap smpai kering n anginkan guna kipas ja. Amik masa 5 minit if guna kipas sbb nk kne pastikan kawasan tu kering. Jangan gatal tgn nk gosok kt kawasan tu. Bersihkan luka guna air suam n kapas. Jgn memandai nk guna dettol bagai. Dapatkan nasihat nurse yg dtg check kt umah tu if nk guna ubat pusat baby.

4. BERTUNGKU/BERURUT

Okey, mommies yg bersalin czer mmg x blh nk bertungku kt perut kekonon nk kempiskan perut (sabar je la ye). Tapi boleh berurut kecuali kawasan pinggang hingga kawasan luka n bahagian belakang pinggang (tmpt suntikan epidural). Tapi seeloknya berurut seminggu lps bersalin sbb bersalin czer ni x sama mcm bersalin normal, if salah urut blh sakit kawasan luka or getting more worst blh bertetas ouchhhh! ngeri btl.


5. PEMAKAIAN

Bersalin czer pun kena pakai stokin,baju sejuk n ikat rambut ketat2. Ni untuk elakkan masuk angin n elakkan pening. Tapi dila sendiri pun kdg2 pakai stokin kdg x, especially lps ke toilet da malas nk sarung. Tapi dila guna selimut utk tutup kaki sbb xnk terlalu sejuk. Pakai la baju yg longgar supaya senang nk menyusukan baby. Dila pakai kemeja n t-shirt hubby sbb senang nk menyusu habib. Pakai la underwear yg atas dr tempat luka supaya selesa n x sakit bila bergerak. Dila pkai underwear time preggy.



Yang paling penting ialah mommies kena rajin bangun n bergerak. Dila memang uruskan habib sepenuhnya start dari hari pertama kecuali mandikan dia, yg ni dila x berani sgt sbb dlm pntang x berapa kuat sgt kan. Alhamdulillah dila blh jalan mcm biasa tanpa terbongkok2 tp terhegeh2 la kan sbb risau luka tu. Time mandi elakkan drpd sentuh kawasan luka.


Sebenarnya betul kata2 mommies yg berpengalaman, bersalin normal n czer ni mmg berbeza. Bersalin normal sakit sebelum bersalin je n bersalin czer sakit selepas bersalin but, bersalin emergency czer mcm dila ni pakej. Sakit sebelum bersalin pun rasa, sakit lepas bersalin pun rasa. Dah tu sakit czer ni lama jgak nk sembuh. So bakal2 mommy kt luar sana, jgn takut n sedih if terpaksa bersalin czer. Allah jadikan setiap wanita tu dengan keunikkan yg tersendiri & Allah xkn uji setiap hambanya d luar kemampuan hambanya itu. Berbangga lah sbb uols sekarang da jd mommy k? normal @ czer bkn kayu pengukur, yg penting cara kita membahagiakan diri sendiri. Jaga luka czer baik2, makan ubat n ikut nasihat doktor. Insyaallah everything is going to be okay.



So, tu je yg dapat dila share dgn mommies. Take care, jadilah ibu yang bahagia.




with love,
Adilah Safiee

Tuesday, July 7, 2015

Lahirnya seorang khalifah ke dunia

Assalamualaikum...


Dear mr. Bloggie...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya aku dpt update entry for today... Syukur pada Allah sbb aku selamat bersalin pd 21/6/2015 jam 0002h..huh!!!finally penantian selama 39 minggu telah berakhir...lahirnya seorang khalifah ke dunia yg penuh dugaan & cabaran ni...


Thanks for those yg mendoakan aku n baby..actually ceritanya hubby aku blik 1st ramadhan..kononnya cuti smbut puasa ja..dpt jgak la aku berpuasa n berbuka bersama pd hari pertama puasa..alhamdulillah..then sahur puasa hari ke-2..pg tu rsa mcm perut sakit lain mcm je..tp x fikir pape since aku mmg da start sakit kerap time tu..cuma 1@2x contraction setiap sejam..but..pagi bgn tido perasan mcm ada turun tanda..cpt2 kejut hubby..trus mndi n siap2 nk g klinik swasta je..mls nk g hospital lg tkut just false alarm..maklum la da 39minggu time tu..but unfortunately Dr. xde..so,nk x nk kena la pegi HAT Mizan..since aku plan nk bersalin kt sana..



Smpai sana trus ke ER..ni kira kes kecemasan gak la kan..time tu mmg sakit da mkin kerap..mcm 1@2x setiap setgh jam..trus dorg refer ke labor room..Dr. trus check if 'jalan' da bkak..bru 1cm..but since contraction yg kerap..terus admit wad..wahahaha..melepas plan nk g shopping brg baby...huhuhu...first day kt wad mmg bosan..even 2 org 1 bilik..but rsa sunyi gila weii..xde tnda2 nk bersalin..but,mlm tu da mula rsa sakit yg lain mcm..mkn pun da xdak selera..


Ari sabtu pg as usual hubby aku dtg..teman aku b'fast (w/pun dia puasa)..at that time sakit da makin kuat..mmg aku da mengalirkan air mata..jalan bru bkak 2cm..huhuhu..sakitnya hanya Allah yg taw..disebabkan x tahan Dr. cucuk ubat tahan sakit kt pinggul...at that time mmg aku risau weii..lps 10 minit **poooppp** aku blh dgr bunyi tu..air ketuban aku pecah..errr~ okey..aku da start rsa sakit nk bersalin..time tu bru kul 3..huwaaa!Dr. check jln bru bkak 3cm...around 5 ptg Dr. suh msuk labor room..againn..check jalan bru 5cm..sakitnya hanya Allah yg taw..since xdak epidural..berjam aku tahan sakit..hubby pun berbuka kt dlm labor room..mkn kurma..kesian kt beliau...



Then kul 11.15 mlm bru Dr. dtg check jalan lg..still 5cm n at the same time aku pun da penat n jantung baby pun da perlahan..bru la dorg decide nk cesar..ya allah..time tu aku fikir keselamatan baby aku ja..kul 11.40mlm dorg tolak aku msuk dewan bedah..at that time mmg aku rsa mengantuk yg teramat..dlm tu mmg sejuk gila smpai aku menggigil..pakar bius aku tnya aku neves ke?sbb aku da menggigil..huhu..sblm cesar dia bacakan lg skali detail yg aku sign utk confirmation..then dia kenalkan diri..alhamdulillah bla tau dia islam rsa lega sbb dgr cara dia ckp mcm non-muslim..dgn lafaz bismillah dia bius kt tulang blkg aku..mmg aku rsa sakit..nurse kt dlm tu peluk aku..then aku da start lali..even just separuh bdn..aku still x nmpk what actually happen sbb kain tu tinggi sgt..


Time cesar,mmg aku x rasa sakit..but aku blh rasa dorg duk godek perut aku..sesekali aku pejam mata then bkak..stiap kali aku bkak mata aku try dgr apa yg dorg ckp..maklum la..tgh lali..then aku dgr suara baby nangis..alhamdulillah..buah hati aku da selamat lahir ke dunia..walaupun bukan secara normal..lps tu aku tido..sbb aku taw dorg akan bersihkan luka n jahit..smpai la nurse kejutkan aku..dia tunjukkan baby aku n letak baby kt atas dada aku..since aku xley nk peluk dia..aku cium dia puas2 time tu..nurse cuba nk susukan baby,but baby aku mcm blur time tu..mana x nya,pkul 12 tgh mln kot...hahaha..then dorg bacakan detail baby kt aku..baby aku lahir 12.02 pg pd 21/6/2015..syukur alhamdulillah...



Akhirnya penantian telah berakhir..kelahiran little prince yg aku nanti2kan..n skrg da 17 hari dia lahir ke dunia..semoga baby jd anak yg soleh,pemimpin agama yg baik & insan yg berjaya di dunia & akhirat..



K la...nnt aku update lg..da lewat ni..mata pun da ngantuk...


Good night!!


With love,
AdilahSafiee