our love line..

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2016

Habib turn to 1 years old next month!!

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat positif sekalian!!
Aduhaiii..lamanya saya x update any entry.. Sejak habib semakin membesar bagai johan ni, terlalu banyak aktiviti & masa yang perlu diluangkan.. Bak kata golongan cerdik pandai, waktu anak² membesar adalah suatu fasa yang paling penting dalam hidup mereka & kita sebagai ibu bapa semestinya.. Alhamdulillah,sepanjang 11 bulan ini tak pernah lagi saya miss any single new things dalam hidup habib..


Syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah & izinnya saya dapat lalui cabaran² bergelar ibu muda. Sebenarnya, saat ini pengorbanan ibu kita akan kita sedari & hargai. Membesarkan anak dalam dunia yang penuh cabaran & likuan ini bukanlah suatu perkara yang mudah.



Alhamdulillah, habib anak yang mudah untuk diuruskan.. Saat dia demam tidak pernah merengek @ meragam.. Habib memang 100% full bf, so mudah untuk uruskan dia..


Bulan depan ramadhan akan menjelma, bermakna habib akan masuk umur setahun.. Tak dinafikan i'm a bit excited.. But, at the same time rasa macam cepatnya my baby membesar..



Okey lah, i will update again soon. See u later.

AdilahSafiee