our love line..

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 27, 2013

cinta kerana allah, "sandera cinta" - ustaz pahrol mohamad juoi-

Assalamualaikum...

Dear mr. bloggie...
Alhamdulillah...
Time2 cuti sem ni..
Ada gak bahan bacaan yg menarik utk cik baca...
"Cinta Kerana Allah"....


'Cinta itu suatu kuasa,
      Kerana ia terletak dalam hati,
          Raja yang paling berkuasa dalam,
Kerajaan diri manusia...'


Cinta & memiliki itu suatu perkara yg berbeza.
Jangan silap tentang hakikat itu.
Ramai pasangan suami isteri yang terkorban dalam cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan memiliki.


Mencintai itu membebaskan.
Manakala memiliki itu cenderung kepada mengikat, membelenggu dan mengawal.





INI BURUNG KESAYANGANKU...


Queen control atau king control ialah produk cinta yang palsu. cinta yang diselaputi dengan kepentingan diri. kulitnya cinta tapi isinya keegoan diri. Seperti pemilik burung tekukur. diberi makan, diberi minum, dibersihkan, dimandikan dan dilatih berlagu. tetapi, dikurung dalam sangkar. "Ini burung kesayanganku" , akuinya dihadapan tetamu. "Suaranya sungguh merdu", pujinya tidak henti2.



Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas, namun sangkar emas itu tetap untuk mengurung. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan pada tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.



Kalaulah tekukur boleh bersuara, dia akan berkata "jika benar kau sayang padaku wahai tuanku,bebaskanlah aku."


                          Walaupun tekukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar untuk memahami, dan merasai ika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?



Cinta itu membahagiakan.
                 Benar ia diuji, tetapi ujian dalam bercinta selalunya seronok untuk dihadapi.
kerana apa?
kerana kesusahan demi kecintaan adalah satu kemanisan jua.





so...
tu la sedikit sebanyak catatan dari buku ni....
nnt cik update lg k?
take care dear...


nk lebih lg??
beli la buku Pahrol Mohamad Juoi...
"CINTA KERANA ALLAH"




with love,
cik adilah

No comments:

Post a Comment